Friday, September 23, 2005


    Isu, ISA, Ayah Pin

    Muskil.. muskil.. aku betul-betul muskil dengan pandangan n pemahaman serta undang-undang negaraku ini. Di sana sini terbentang nama Islam Hadhari, wahhhh.. macam kita nie contoh pada negara-negara membangun islam yang lain.

    Bagi pandangan logik aku, aku mengutamakan agama more dari yang lain-lain. Tetapi bagi negaraku yang tercinta nie pula, penyelewengan agama jatuh pada tahap kedua kerana keselamatan negara yang terutama. Adakah kita ni mendaulatkan negara lebih daripada agama..? Adakah pembangkang politik yang extream lebih jahat/keji daripada penyeleweng agama..????

    Apa yang kita nampak dari dahulu hingga sekarang nie, para pengikut-pengikut penyelewengan agama nie lebih setia dan taksub pada ketuanya more then everything even family mahupun negaranya sendiri. Hari ke sehari para pengikut penyelewengan agama nie semakin meningkat jumlahnya dan kesesatan saudara-saudara seagamaku nihh makin ramai. Aku simpati n keji melihat mereka-mereka yang kesesatan. Ada segelintirnya mempunyai pendidikan agama yang utuh namun tersesat jua, ishhkk.. ishhhkk.. bangap betul. Pabila hari ke sehari para-para pengikut nie semakin ramai. Entah berapa bilangan sebenarnya kita tak tahu munkin dah melepasi ribu-ribuan, tak kah itu agak bahaya pada negara. Setiap kata ketua or orang yang dia orang taksub itu, pada mereka yang sesat nie adalah benar belaka. Bahaya yang belum kita nampak tetapi kita harus ambil iktibar n teladan dariapa apa yang terjadi n yang mampu di lakukan oleh geng ajaran sesat Jepun suatu masa dahulu. Takan kot bila dah terjadi baru nak ambil tindakan. Takan kot bila dah terjadi musibah baru nak kata geng nie mengancam negara, tetapi secara terang-terang geng ajaran sesat nie mengancam agama tak ambil tindakan pulak.

    Hidup di dunia cuma sementara, semua yang mengaku dirinya islam tahu tetapi kenapa dunia melebihi akhirat yang kekal abadi.

    Better sediakan payung sebelum hujan. Kenapa Ayan Pin still bebas, kenapa cuma 3 negeri aja yang mewartakan Ayah Pin sesat so kenapa negeri-negeri yang lain buat slamber jaaa.. Iskkkkk... Ishhkkkk..... tak paham aku.


Purbe | 12:52 PM |