Friday, September 09, 2005


    Khasiat Pokok Jarum Tujuh Bilah

    Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

    Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.

    Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
    Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my/

    Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.

    Cara menanam:

    Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
    Boleh membiak melalui biji benih.
    Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.
    Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.

    Sumber dari Berita Harian n cik hana. Benih Boleh didapati dari Purbe, hehehee..

    Mari kita bercucuk taman, bukankah itu saranan kerajaan tika ini.


Purbe | 2:54 PM |