Friday, September 23, 2005


    Isu, ISA, Ayah Pin

    Muskil.. muskil.. aku betul-betul muskil dengan pandangan n pemahaman serta undang-undang negaraku ini. Di sana sini terbentang nama Islam Hadhari, wahhhh.. macam kita nie contoh pada negara-negara membangun islam yang lain.

    Bagi pandangan logik aku, aku mengutamakan agama more dari yang lain-lain. Tetapi bagi negaraku yang tercinta nie pula, penyelewengan agama jatuh pada tahap kedua kerana keselamatan negara yang terutama. Adakah kita ni mendaulatkan negara lebih daripada agama..? Adakah pembangkang politik yang extream lebih jahat/keji daripada penyeleweng agama..????

    Apa yang kita nampak dari dahulu hingga sekarang nie, para pengikut-pengikut penyelewengan agama nie lebih setia dan taksub pada ketuanya more then everything even family mahupun negaranya sendiri. Hari ke sehari para pengikut penyelewengan agama nie semakin meningkat jumlahnya dan kesesatan saudara-saudara seagamaku nihh makin ramai. Aku simpati n keji melihat mereka-mereka yang kesesatan. Ada segelintirnya mempunyai pendidikan agama yang utuh namun tersesat jua, ishhkk.. ishhhkk.. bangap betul. Pabila hari ke sehari para-para pengikut nie semakin ramai. Entah berapa bilangan sebenarnya kita tak tahu munkin dah melepasi ribu-ribuan, tak kah itu agak bahaya pada negara. Setiap kata ketua or orang yang dia orang taksub itu, pada mereka yang sesat nie adalah benar belaka. Bahaya yang belum kita nampak tetapi kita harus ambil iktibar n teladan dariapa apa yang terjadi n yang mampu di lakukan oleh geng ajaran sesat Jepun suatu masa dahulu. Takan kot bila dah terjadi baru nak ambil tindakan. Takan kot bila dah terjadi musibah baru nak kata geng nie mengancam negara, tetapi secara terang-terang geng ajaran sesat nie mengancam agama tak ambil tindakan pulak.

    Hidup di dunia cuma sementara, semua yang mengaku dirinya islam tahu tetapi kenapa dunia melebihi akhirat yang kekal abadi.

    Better sediakan payung sebelum hujan. Kenapa Ayan Pin still bebas, kenapa cuma 3 negeri aja yang mewartakan Ayah Pin sesat so kenapa negeri-negeri yang lain buat slamber jaaa.. Iskkkkk... Ishhkkkk..... tak paham aku.


Purbe | 12:52 PM | Thursday, September 22, 2005

    Penat, Letih

    Letih, penat, lelah dan dahaga semuanya ada takala sibuk menghabiskan kerja-kerja. Dari pulau aku datang dan ke pulau juga aku kembali. Dari menaiki kenderaan empat tayar kemudian menaiki pula kenderaan tanpa tayar. Walaupun keletihan namun ianya berbaloi, keriangan masih lagi terbayang-bayang di minda.

    Kita hanya mendengar nama tapi tak mengenalinya dan pabila mengenalinya kita tahu ngam ka tak ngam dengan kepala kita. Maju kan Pool kita, mulakan penyimpanan anda.

    Indah berseri-seri dikau di pagi hari, hati berdentum dentam ingin bersama lagi. Minda melayang layang ke lautan indahnya seribu satu kenangan manis. Di kau garap semua kasih sayangku, sejuta pengharapan di harapkan. Setujata kasih bakal di longgokan pabila segalanya menjadi kenyataan, bukan sekadar cakap, bukan sekadar janji kosong tetapi ini lah tujuan menyimpan kasih sayang sepanjang kehidupan ku sehingga ke hari ini.

    Apa dahhhhh... dah lama aku tak update , tetiba melalut pula di buai perasaan sendiri. ok choww dulu.

    Chewahh cheewaaahhhh....


Purbe | 8:38 PM | Friday, September 09, 2005



    Khasiat Pokok Jarum Tujuh Bilah

    Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

    Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.

    Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
    Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my/

    Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.

    Cara menanam:

    Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
    Boleh membiak melalui biji benih.
    Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.
    Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.

    Sumber dari Berita Harian n cik hana. Benih Boleh didapati dari Purbe, hehehee..

    Mari kita bercucuk taman, bukankah itu saranan kerajaan tika ini.


Purbe | 2:54 PM | Wednesday, September 07, 2005

    Cut n Paste

    Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalamsolat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

    1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

    2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

    3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

    4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

    5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

    6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaanny! a akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

    7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

    8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.Perhatian;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

    p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 m'perbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah al-fatihah...tapi utk m;baca alquran seluruhnyaaaaaaaaa.......



Purbe | 2:14 PM |