Monday, February 27, 2006

    Tahniah, Tahniah n TAHNIAH

    Pertama kali aku ucapkan tahniah pada Manchester United n Fans coz memenangi Carling Cup dengan jaringan besar 4-0, game best tetapi game Barcelona dengan Chelsea lagi best last week. Tak sabo nak nunggu pula next week untuk 2nd leg sure lagi sengit pertarungan nie.

    Anyway aku nak ucapkan tahniah juga pada Mawi coz memenangi anugerah Artis Paling popular, rezeki mencurah-curah betoi pada si Mawi nie. Pada kawan-kawan yang dapat kereta baru juga di ucapkan tahniah coz aku tahu korang dah lama menunggu turn. Aku juga ucapkan tahniah pada housemate aku yang bertungkus lumus seharian memproses singki sehingga tidak tersumbat lagi. Masyaallah busuknya air dalam singki tue lebih dari ayaq acaq lagi, abis tu bila kena tangan rasa gatai2 plak tue. Asid bukan jalan penyelesaian tetapi cable puller lah yang menyelesaikan segala keserabutan dalam paip tue.

    Semalam dia orang masak gulai ikan termenung, sayur + daging n telur sambal, sedap sehingga ke malam makan lagi. Seharian aku melepak dekat rumah n semalaman dok layan tv sorang2 coz ada yang gii keje petang tue n ada yang dok layan buah hati masing-masing. Aku.. aku.. aku layanABP jaa sambil dok tampaq nyamuk.


Purbe | 12:31 PM | Tuesday, February 21, 2006


    Angguk-angguk Geleng-geleng

    Frust betoi... frust £^%?>:@@*$$£"" awalannya senyum meleleh tapi akhirnya takda mood nak kerja dah. Every year ada tapi tahun nie habuk pun takdak. Before CNY dia orang cakap ada tapi bila dah perabis balik-balik takdak pula. Lesu jadinya,apa guna aku membanting tulang tak kira masa , waktu, hari minggu siang dan malam. Apa pun aku cuma dapat angguk2 n geleng2 jaa.. sehinggalah maybe aku dapat cari sumber rezeki dekat tempat baru. Terasa macam segalanya tak di hargai.. maybe aku terlalu baik n kasihan sangat kot.

    Perjuangan harus di teruskan, kini aku tak kisah lagi dengan janji-jani kosong sebelum nie. Aku harus berusaha n aku tak kisah lagi sekiranya aku menceburi bidang lain dari apa yang aku ada kini. Reality kehidupan Jangan Terlalu Percayakan Boss Anda.

    Berat badan menambah lagi namun tajuk-tajuk senaman yang aku catitkan pada tahun lalu belum terurai lagi. Kemudahan ada dengan banyak sekali namun masa n kemalasan mengatasi segalanya. Nak.. nakkk.. dah berkali kali aku set di dalam minda tetapi segalanya terlerai dan hilang begitu sahaja. Aku nengok ramai orang mencari-cari kerja, pemimpin pula ada yang baru, ada yang lama dan ada yang lamadbaru. Kadar interest semasa sudah meningkat, ekonomi pula terasa goyah di dalam kelembutan, pada sesetengah orang ia tak merasainya tapi pada aku, aku.. sudah nampak akanya.

    Aku bukan ahli nujum mahupun Nostradamus di abad ini, aku berinteraksi dengan kawan-kawan n client2 aku coz tue lah aku tahu. Ada yang dulunya Giant tetapi kini beroperasi disebelah malam aja coz cut cost (bill elektrik di waktu malam lebih murah ), persaingan yang membuatkan industri kita jadi macam nie. Kualiti kita ada namun harga kita tak dapat menadingi negara China. Besi product yang paling ketara sekarang nie persaingan membuatkan ada yang sudah hampir menggulung tikar dan perbehentian pekerja pun semakin ramai di dalam diam.

    Dunia pun semakin bergolak coz tak ada rasa hormat pada orang lain, yang zalim jadi semakin zalim, batu api pula sentiasa memercikan apinya. Petunjuk sudah semakin ketara namun kita masih lagi terleka.

    Cerita lain plak : - Aku bosan negok muka pelakon yang berlakon nangis pabila di depan kamera nihh.. dah kena cekup dalam Pub tapi still nak cakap dia baik lagi, setahu aku bukan sekali dua dia buat hal. Maybe pelakon nie anggap pi Pub tue macam pii Surau kot coz tue laa dia tak malu. Setahu aku pelakon nie dia rasa marah pada pemberita tue coz laporkan dia bertindak kasar pada masa tue tetapi tak pula marah pasal si pemberita nie melaporkan yang dia mabuk pada masa tue. Hmmmm.... pikir pikirkan apa dah jadiii..


Purbe | 3:38 PM | Monday, February 06, 2006







    Toyota Yaris

    Soon very very soon....

    Product terbaru Toyota untuk compact car yang bakal di lancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi tetapi di Thailand dah pun ada di jalanan. Anyway ada dealer dah buka tempahan untuk model nie. Ia datang dengan versi 1.3L & 1.5L VVT-i DOHC engine. Ia datang dengan 3 & 5 Door Hatchback. Range harga maybe dalam RM60+++ to 80+++ , menarik, menawan, ranggi so... tunggu apa lagi jom Booking.




Purbe | 12:04 PM |