Tuesday, February 21, 2006

    Angguk-angguk Geleng-geleng

    Frust betoi... frust £^%?>:@@*$$£"" awalannya senyum meleleh tapi akhirnya takda mood nak kerja dah. Every year ada tapi tahun nie habuk pun takdak. Before CNY dia orang cakap ada tapi bila dah perabis balik-balik takdak pula. Lesu jadinya,apa guna aku membanting tulang tak kira masa , waktu, hari minggu siang dan malam. Apa pun aku cuma dapat angguk2 n geleng2 jaa.. sehinggalah maybe aku dapat cari sumber rezeki dekat tempat baru. Terasa macam segalanya tak di hargai.. maybe aku terlalu baik n kasihan sangat kot.

    Perjuangan harus di teruskan, kini aku tak kisah lagi dengan janji-jani kosong sebelum nie. Aku harus berusaha n aku tak kisah lagi sekiranya aku menceburi bidang lain dari apa yang aku ada kini. Reality kehidupan Jangan Terlalu Percayakan Boss Anda.

    Berat badan menambah lagi namun tajuk-tajuk senaman yang aku catitkan pada tahun lalu belum terurai lagi. Kemudahan ada dengan banyak sekali namun masa n kemalasan mengatasi segalanya. Nak.. nakkk.. dah berkali kali aku set di dalam minda tetapi segalanya terlerai dan hilang begitu sahaja. Aku nengok ramai orang mencari-cari kerja, pemimpin pula ada yang baru, ada yang lama dan ada yang lamadbaru. Kadar interest semasa sudah meningkat, ekonomi pula terasa goyah di dalam kelembutan, pada sesetengah orang ia tak merasainya tapi pada aku, aku.. sudah nampak akanya.

    Aku bukan ahli nujum mahupun Nostradamus di abad ini, aku berinteraksi dengan kawan-kawan n client2 aku coz tue lah aku tahu. Ada yang dulunya Giant tetapi kini beroperasi disebelah malam aja coz cut cost (bill elektrik di waktu malam lebih murah ), persaingan yang membuatkan industri kita jadi macam nie. Kualiti kita ada namun harga kita tak dapat menadingi negara China. Besi product yang paling ketara sekarang nie persaingan membuatkan ada yang sudah hampir menggulung tikar dan perbehentian pekerja pun semakin ramai di dalam diam.

    Dunia pun semakin bergolak coz tak ada rasa hormat pada orang lain, yang zalim jadi semakin zalim, batu api pula sentiasa memercikan apinya. Petunjuk sudah semakin ketara namun kita masih lagi terleka.

    Cerita lain plak : - Aku bosan negok muka pelakon yang berlakon nangis pabila di depan kamera nihh.. dah kena cekup dalam Pub tapi still nak cakap dia baik lagi, setahu aku bukan sekali dua dia buat hal. Maybe pelakon nie anggap pi Pub tue macam pii Surau kot coz tue laa dia tak malu. Setahu aku pelakon nie dia rasa marah pada pemberita tue coz laporkan dia bertindak kasar pada masa tue tetapi tak pula marah pasal si pemberita nie melaporkan yang dia mabuk pada masa tue. Hmmmm.... pikir pikirkan apa dah jadiii..


Purbe | 3:38 PM |