Thursday, September 21, 2006

    Selamat Menyambut Ramadhan

    Sudah sekian lama aku menyepikan diri dan di kala itu juga idea-idea aku hilang begitu sahaja umpama angin yang berlalu pergi. Kini aku kembali, nahh.. di kau di sana diri ku di sini. Asam garam kehidupan telah ku tempuhi, umpama cuaca yang tak menentu yang mana langit begitu cerah sekali dan kekadang pula awan mendung menutupinya, namun aku bersyukur ke atas segalanya. Aku bersyukur.. aku bersyukur. pada Ilahi.

    Kini Ramadhan kembali lagi, fitrah kita sebagai umat Muhammad wajib melaksanakan tanggung jawab pada diri kita dan juga pada tuhan yang maha esa. Terfikir sejenak aku, apa perancangan aku untuk Ramadhan tahun ini, adakah aku akan kembali pada Ramadhan 2 tahun yang lalu yang mana aku begitu berbangga sekali..??? Niat ada di hati memang utuh pada masa ini namun perlaksanaanya belum tentu lagi.

    Pabila ku imbas kembali hari-hari aku banyak di habiskan untuk kerja lebih-lebih daripada famili aku sendiri. Aku terpaksa, aku tak terdaya menidakkannya. Kawan-kawan aku entah macamana aku tak tahu kerna sudah agak lama aku menumpukan hanya pada kerjaya ini, namun pada hakikatnya nunn... menyusuk di lubuk hati, aku amat n sangat-sangat merindui saat-saat yang lalu. Bergurau senda, bersengkang mata , juga menjamu selera bersama-sama teman-teman yang mesra.

    Aku tahu sesetengah sahabat aku menganggap aku dah berubah selepas tarikh bersejarah namun pada hakikatnya aku tetap diri aku cuma tika ini company aku kerja memerlukan masa aku selaras dengan perolehan yang memberangsangkan. Aku terikat dengan tika dan masa.

    Aku berharap dengan kedatangan bulan yang mulia ini sama-sama lah kita mengambil berkat serta kelebihan-kelebihan yang ada menunaikan segala amalan-amalan yang mengfaatkan pada kehidupan kita di hari kemudian. By the way SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK SEMUA. OPPppsss.... kalau ada open table or open house untuk berbuka tue jangan lah segan silu menjemput aku yerks.


Purbe | 5:00 PM |