Monday, February 26, 2007
    Menyahut Seruan Kerajaan

    Kebelakangan nie aku agak sibuk dengan kerja di hari-hari bekerja dan jadual pada hujung minggu pula agak pek dengan usaha-usaha untuk memajukan diri dengan menyahut seruan kerajaan. Penat tok sah nak kira lah, tak terhingga rasanya.

    Sudah lama aku teragak-agak untuk berkembang, namum sebelum ini cuma perancangan sahaja tanpa usaha. Kini aku dah mula mengorak langkah untuk mengapai apa yang sebelum ini cuma bayangan. Daya usaha sahaja tanpa modal tak mengcukupi untuk mengapai cita-cita, kedua-dua mesti bersatu untuk membentuk kejayaan.

    Projek pertama sudah benar-benar hampir siap dan kini cuma menunggu hasilnya aja. Dalam usaha ini team work dan kepercayaan memainkan peranan yang paling utama coz tanpanya segalanya akan jadi lintang pukang.

    Kini akan bermula pula projek ke dua, kesibukan kembali melanda takala masa dan tempoh waktu agak menghimpit diri kami semua. Segalanya harus nekad, harus mengorban masa tetapi tanpa mengabaikan kerja yang sedia ada.


Purbe | 4:45 PM |