Sunday, September 23, 2007
    Rebutlah Saham Akhirat, Hulurkan Jariah Anda

    Pelbagai berita menghayat hati yang kita dengari sepanjang 11 hari berpuasa ini. Pada yang sudah pergi kita sedekahlan "Al-Fatihah" dan pada yang memerlukan kita sedekahkan sumbangan kita setakat yang termampu. Bukan senang untuk jadi senang di dunia, memiliki saham untuk jadi kaya juga banyak risikonya di dunia ini. Kini peluang kita memiliki saham akhirat terbuka so apa yang kita tunggu lagi hulurkanlah sumbangan anda, Insyaallah sumbangan kita di rahmatinya. Sama-sama lah kita menuai hasil saham itu di Akhirat nanti.

    Sekolah pondok terbakar, 160 pelajar terjejas

    Oleh: OPAT RATTANACHOT
    Utusan Malaysia 23 Oktober 2007

    SIK 22 Sept. – Seramai 160 pelajar Pusat Pengajian Islam Bandar Hilir, dekat sini hilang tempat tinggal apabila pondok yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

    Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi tersebut mengakibatkan 100 buah pondok dan barang-barang keperluan pelajar berkenaan musnah sama sekali.

    Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

    Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Chok Kuan Lok berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai memaklumkan kejadian tidak lama selepas itu.

    “Seramai 22 anggota bersama tiga jentera masing-masing dari Sik, Baling dan Guar Chempedak bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada pukul 3.59 pagi.

    “Sewaktu kami sampai, api sedang marak membakar bangunan pondok yang setiap satu berukuran 2X3 meter ini,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, pagi ini.

    Kuan Lok berkata, pihaknya mengambil masa selama 50 minit bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.

    “Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.30 pagi,’’ katanya.

    Beliau memberitahu, setakat ini, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah pondok berkenaan.

    Sementara itu, Setiausaha Pusat Pengajian Islam Bandar Hilir, Ismail Mahmud berkata, 80 pondok yang terbakar tersebut didiami pelajar lelaki manakala 20 lagi didiami pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 20 tahun.

    “Ketika kejadian, hanya 30 pelajar berada di sini sementara pelajar lain pulang bercuti di kampung masing-masing sempena bulan Ramadan,” katanya.

    Ismail memberitahu, berikutan kejadian tersebut, para pelajar berkenaan akan ditempatkan sementara di bangunan sekolah.

    Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ismail di talian 013-4884814 atau melalui akaun Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir (Bank Islam Malaysia Berhad) bernombor 02048010028139.



Purbe | 11:17 AM | Thursday, September 20, 2007

    Angka Ramadhan

    Pejam celik pejam celik ternyata aku masih celik lagi. Dari hari ke sehari aku habiskan kitaran hidup aku ini, dari seorang dah jadi berdua dan dari berdua dah nak masuk bertiga. Cepat sungguh angka-angka itu berlalu, kata orang apa ada pada angka coz angka itu cuma digit-digit sahaja. Bagi aku pula pabila angka itu makin meningkat ianya merisaukan aku, coz bekalan ke pintu nan satu tak betul-betul dapat menampung akan diriku lagi.

    Sekarang Ramadhan kembali bersua, kuah muih, lauk pauk dan teraweh tak dilupakan. Aku sedih pabila melihat ada yang tak tertahan dengan dugaan bulan yang mulia ini lalu meneguk air untuk menghilangkan dahaga, itu aja. Hasutan dan kekuatan diri ternyata tidak dapat mengawal nafsu. Bangsa ku masih lagi di tahap dahulu.

    Kain untuk baju melayu dah dibeli namun aku tak kesempatan nak hantar pi tailor lagi may be raya haji kot, this year pakai dulu yang mana ada.



Purbe | 4:28 PM |